Ahad, 24 April 2011

bersyukur kpd yg maha Esa...

bismillahirrahmanirrahim.......
alhamdulillah , syukur kpd Allah kerana memberi peluang aku melihat bumi ini pada hari ini.syukur tk terhingga kerana Allah memberi peluang tok meneruskn kehidupan aku seperti harian.hurm....dan tk lupa gak aku tk trlps dgn pelbagai halangan  yg perlu aku lalui ...subahanaAllah,itulah yg aku mampu tok diucapkn...kegagalan hidup adalah satu penyeksaan yg teramat berbisa,tetapi ingatlah tk ad kegagalan,tk adlah kejayaan.hurmm...npe aku sering berfikiran negatif sentiasa?pelukah aku bangun?capaikah impian aku ini stlah melalui kegagalan?mampukah ??Ya Allah inikah dugaan yg harus aku lalu setelah umurku semakin meningkat??

Rabu, 20 April 2011

Laaa ape itu 3+3??urm……


Daya= ? +  Anis = ? + Atul =?          ====> da best frez

Sorry lahhh kne rahsia ckit lah yerh..ahaha…tp kn sweet larh tgk dye org ney taw…yg daya ney dgn kekasih dye ney agak plik lah sdikit….hihi..nk taw sbb pe?ble jumpe okey..ble msg ke call ker msty tk oke..itu ini...gado2..hadoiii..pelik ini olang maaaaa….tp dye org ney sweet sgt2 lahh..kiranye manje2 gitu lahh…bak kate bf dye..time dye gado time tuh kemenyan dye da hbis lupa nk bli..ahahaha…sweet kn?hihihihi….hampeh pnyer lelaki lahhhh….anyway pe2 pon sweet mcm kanak2 riang lahhh…ahahha….haaaaaaaaaa…..anis lak yerh…..uhh..yg ney nk kte prnh ad mslh jarang skali lah dye org ney sbb dua2 kepala hantOk pnyer lahh..ad jerk yg loya buruknye dye org taw…ahahaha…ad jerk yg nk dibls dgn kte2 yg dpt mmbuat dye org rse senang hati tk ad tension2….ahahah..haaa….ney haaa perknln dye org ney sgt lahhhhh kelakar…aje mengong lah si lelaki tuh…ahahah…sorry terngutuk lak…ahahahah…maaf…

Nasha =? + Adam=? + Wan =?       ====> housemate

Aku pon tk taw la pe yg dye org wat smpai kwn2 aku ley jtuh k’tgn dye org ber 3 ney taw…hanye Allah sje yg taw….yg geramnye trmasukklah aku ney…hadoiii…perasaan tk ley nk elak lahh…..cme aku ney mngambil mse yg agak lme lah….kwn2 aku ney dlm mse smggu jerk….fuhhh kuat sungguh lah dye pnye test …..ummm…..pening3 sgt3………Tuhan nk tunjukkn pd aku kuat tk nk hadapi sumer ney dlm lingkungan umur aku da 20 tahun ney..mgkin…….ahhh…tk pandai lah aku bab2 ney…


♥msing2 sumerh ney tk trlepas dn mslh…mmg byk dugaan yg 3+3 ney harus lalui…anggaplah sumerh ney adlh ujian dlm mematangkn kea lam dewasa…….

Jumaat, 8 April 2011

di mana hati itu??


Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.
Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan  Allah, merasai Allah itu ada dihati kita.  Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.
Rata-rata , walaupun seorang insan itu belajar agama sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'. Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).Ibarat sebuah lampu yang diletakkan di atas atap , tidak akan mampu menerangkan sebuah rumah , dibandingkan lampu yang diletakkan di dlam sebuah rumah.

Untuk menganalisis hati kita, cuba jawab soalan ini;
a. dengan siapa kita bergaul?
b. buku apa yang kita baca? (termasuk Al-Quran? dan yang berkaitan dengannya?)
Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.
Hati yang dikuasai dengan kebaikan , akan melahirkan kebaikan yang banyak.
Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.
Ilmu yang dihati akan melahirkan output -  'walk the talk', 'actions that speak louder than words' , lebih banyak mengajak dari semata-mata mengajar - mendidik.

Ahad, 3 April 2011

cinta dan kawan ♥

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…

Kenapa??
Kerena CINTA itu buta…
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerena… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerena… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERARTI….
Walau kita punya couple, teman tetap yang paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman tetap yang paling berharga.
Kirim balik jika anda anggap saya sebagai teman selamanya

hati dan perasaan


 
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.