Selasa, 22 Februari 2011

kEcewa

Setiap orang mesti pernah menghadapi atau merasai perasaan kecewa ini. Perasaan kecewa ini sudah sinonim bagi seseorang yang mengharungi usia remaja. Antara yang menyebabkan seseorang remaja itu kecewa ialah masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan. Ini antara 3 punca utama yang menyebabkan seseorang remaja itu berasa kecewa.
Perasaan kecewa adalah sesuatu yang normal. Setiap orang mesti pernah rasa kecewa dalam hidupnya. Apa yang membezakan antara satu sama lain ialah cara kita mengatasi masalah kekecewaan itu. Atasi masalah kekecewaan ini dengan bijak supaya kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan masa depan kita.....

Khamis, 17 Februari 2011

Tanpamu - Inteam (Nasyid)

cerita tentang rabiatul adawiyah

hajat mu wahai rabiatul adawiyah melihat kota Basrah

merasai kenikmatan hidup
dikelilingi sutra,zamrud,emas dan mutiara
Basrah dengan kesibukannya
bersama penghuninya
mengisi ruang dan masa
dengan gelak ketawa,muzik dan seloka
itulah Basrah,kota impianmu.

kau pernah bercinta,cinta mu sedalam samudera
kau pun pernah berkasih,kasihmu setinggi bintang surayya
kau dan dia dalam lamunan cinta
dan dunia ini kononnya milikmu berdua.


aduhai malang nasibmu
bila cintamu putus ditengah jalan
angkara hati yang cemburu,jiwa yang iri hati
hidupmu kini tidak bererti tanpa dia di sisimu
hari demi hari yang kau lalui
diiringi air mata kepiluan
kesidihan dan duka nestapa
dan ratapan hiba hatimu yang terluka

rabiatul,engkau tenggelam dalam cintamu
pada makhluk bernama manusia
tapi aneh sungguh jiwamu wahai rabiatul
bila manusianya tiada,cintamu turut mengirinya
kenapa mendalam benar cintamu
pada dia yang tidak kekal
kenapa tidak biarkan cintamu pupus
bersama dia yang telah pergi

kini kau telah berubah wahai rabiatul
kau isi kekosongan hidupmu
dengan dunia dan hiburannya


dengan cinta dan kepiluannya
dengan manusia dan kelalainya

suatu hari
kau duduk termenung di tepi jendela
mengenang zaman silammu bersama si dia
meski hadirmu kini dalam mahligai
yang pernah kau impikan dahulu

tiba2
telingamu menangkap ungkapan itu
"Allah Hayy!Allah yang hidup
alunannya merdu meresapi jiwamu

demi Allah wahai rabiatul
cinta mu kini turut bernafas
setelah sekian lamanya engkau
bergelumang dengan kecintaan  palsu...
betapa dapat ku gambarkan
keagungan dan kehebatan
ketinggian dan kehebatan
ketinggian dan kehalusan
cintamu pada Allah'Rabbul Izzati
Dia yang sentiasa hidup

rabiatul adawiyah
kaulah wanita yang paling beruntung
setelah dihampakan kecintaan palsu
kerana cintamu kini pada zat yang kekal

Macam mane kita nak mencintai orang yang mencintai kita Hmmmm...susahnye.... Nie soalan bodoh yg aku tanye kat kawan aku untuk beri pendapat tentang macam mane kita nak mencintai orang yang mencinta kita??soalan yg bernas!haha Macam2 jawapan yang aku dapat.....



1  ,kalau kita tak cinta seseorang,jangan paksa diri kita cinta kat seseorang walaupun dye mencintai kita,.... 

2,  memang manusia normal nak menyayangi dan di sayangi...kita perlu tanye diri kita perlukah bercinta dan ape tujuan kita bercinta,kalau rasa tak perlu dan tanpa tujuan yang munasabah baik tak payah,tapi kalu rasa perlu dan ada tujuan,teruskan hasrat kita,good luck,.....
3  ,kita perlu memberi kasih sayang,....
4,  perlu ada rasa sayang,... 
5,  cinta itu datang dari hati yang ihklas,....
6,  semua itu bergantung pada niat masing2lah..kalau orang itu cintakan kita,ape salahnye kita cuba belajar mencinta orang itu pulak...
7,  tengok latar belakang,......
8,  cakap kat dye balik yang kita mencintainya,.......
9,  sebelum pikir tentang cinta,pikir masa depan,apa akan jadi masa depan.kesenangan masa depan,biar susah sekarang jangan susah kemudian,cinta blh di cari sebab jodoh dah di tentukan tapi masa depan yang gelap tak boleh nak di cerahkan..
10,  kita kene tempuh sebab roda kehidupan,kalau tak tempuh tak merasa bukan kehidupan namanya,baru la dapat matang dalam hidup.......


kenangan suda.....

my clss..miss u all....

kenangan b4 exm STPM.....




Untukmu dan Untukku

Apakah hatimu seperti batu?
Tidak sayu saudaramu dipalu,
Tidak pilu hilang peganganmu,
Tidak malu persendakan agamamu,
Biarkan nafsu menjaga dirimu.

Apakah kamu sudah lupa?
Pergerakanmu diperhatikan oleh Maha Esa,
'Illiyin dan Sijjin saksi rahsia di dada,
Terbongkar semua di hari Bencana,
Saat matahari seakan sejengkal dari kepala.

Rasulullah kekasihNya jadikan teladan,
Akhlaknya seperti al-Quran berjalan,
Kehadirannya membawa angin ketenangan,
Sentiasa berjalan memberi pesanan,
Ikutlah arahanNya laranganNya tingalkan.

Melihat mendengar nikmatNya padamu,
Langit dan bumi disediakan untukmu,
Gunakan akal dan mata hatimu,
Syukurlah dan sujud pada Tuhanmu,
Tunaikan perintahnya sehingga diseru.

Syurga dan neraka sudah dikhabarkan,
Sebagai hadiah juga amaran,
Setiap kamu bergelar insan,
Tiada terlepas dari perhitungan,
Kembalilah kepada sunnah Rasul dan al-Quran.

Marilah wahai saudara-saudaraku,
Bangunlah dari tempat beradu,
Bertaubatlah dari kesalahan lalu,
Janganlah lupa janganlah ragu,
Aku dan kamu milik Yang Satu.