hajat mu wahai rabiatul adawiyah melihat kota Basrah
merasai kenikmatan hidup
dikelilingi sutra,zamrud,emas dan mutiara
Basrah dengan kesibukannya
bersama penghuninya
mengisi ruang dan masa
dengan gelak ketawa,muzik dan seloka
itulah Basrah,kota impianmu.
kau pernah bercinta,cinta mu sedalam samudera
kau pun pernah berkasih,kasihmu setinggi bintang surayya
kau dan dia dalam lamunan cinta
dan dunia ini kononnya milikmu berdua.
aduhai malang nasibmu
bila cintamu putus ditengah jalan
angkara hati yang cemburu,jiwa yang iri hati
hidupmu kini tidak bererti tanpa dia di sisimu
hari demi hari yang kau lalui
diiringi air mata kepiluan
kesidihan dan duka nestapa
dan ratapan hiba hatimu yang terluka
rabiatul,engkau tenggelam dalam cintamu
pada makhluk bernama manusia
tapi aneh sungguh jiwamu wahai rabiatul
bila manusianya tiada,cintamu turut mengirinya
kenapa mendalam benar cintamu
pada dia yang tidak kekal
kenapa tidak biarkan cintamu pupus
bersama dia yang telah pergi
kini kau telah berubah wahai rabiatul
kau isi kekosongan hidupmu
dengan dunia dan hiburannya
dengan cinta dan kepiluannya
dengan manusia dan kelalainya
suatu hari
kau duduk termenung di tepi jendela
mengenang zaman silammu bersama si dia
meski hadirmu kini dalam mahligai
yang pernah kau impikan dahulu
tiba2
telingamu menangkap ungkapan itu
"Allah Hayy!Allah yang hidup
alunannya merdu meresapi jiwamu
demi Allah wahai rabiatul
cinta mu kini turut bernafas
setelah sekian lamanya engkau
bergelumang dengan kecintaan palsu...
betapa dapat ku gambarkan
keagungan dan kehebatan
ketinggian dan kehebatan
ketinggian dan kehalusan
cintamu pada Allah'Rabbul Izzati
Dia yang sentiasa hidup
rabiatul adawiyah
kaulah wanita yang paling beruntung
setelah dihampakan kecintaan palsu
kerana cintamu kini pada zat yang kekal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan