Sudah tahun usia anakanda kini,seusia ini,sudah terlalu banyak pengorbanan ayahda dan bonda curahkan untuk anakanda.pengorbanan ayahda dan bonda tidak dapat dinafikan,apatah lagi untuk anakanda balas.sudah sekian lama ayahda dan bonda bertungkus lumus memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.kasihmu bagai menatang minyak yang penuh,kasihmu seumpama laut tidak bertepi.
Justeru,hari ini bersyukur anakanda kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk mengingati serta menyedari bahawa anakanda sudah sepatutnya menghargai setiap pengorbanan yang telah ayahda dan bonda diberikan.ampunilah dosa dosa anakanda.izinkan anakanda berlutut pada keampunan Ilahi.semoga ayahda dan bonda diberikan kesejahteraan untuk menyaksikan anakanda berjaya nanti.anakanda berjanji akan menjadi insan yang patuh pada suruhan Ilahi.akan belajar bersungguh sungguh,tidak mahu lagi membuang waktu dengan bermain main dan leka dihadapan tv.semoga anakanda menjadi anak yang membela ayahda dan bonda nanti....InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan